Sekolah Melayu Kampong Sultan Lama

Via Whatsapp, gambar tanpa tarikh.

Tambahan (dari viral ke viral):

SEJARAH KAMPONG SULTAN LAMA
Sebut nama Kampong Sultan Lama pasti ramai yang punya nostalgik indah di kampong Ini. Kampong ini punyai sejarahnya yang tersendiri. Kampong ini dulu letaknya betul betul diBandar Seri Begawan dan berhadapan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien.

ISTANA RAJA
Di Kampong inilah dulu terletaknya Istana tempat bersemayamnya Sulan Hashim Jalilul Alam Aqamadin Sultan Brunei yang ke 25. Nama Kampong Sultan Lama dinamakan sempena nama Baginda yang juga terkenal dengan nama kampong Yang di Pertuan Lama sebelum tahun 1892.
Di Kampong Sultan Lama ini juga lah tempat kelahiran Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien III, Sultan Brunei yang ke 28. Baginda di lahirkan pada 23 September 1914.
Kampong ini juga berjiran dengan Kampong Bendahara Lama, Kampong Pemancha Lama, Kampong Pengiran Kerma Indera Lama, Kampong Pengiran Tajudin Hitam yang dinamakan sempena nama nama Wazir dan Cheteria dan orang orang kenamaan yang tinggal di kampong tersebut.

GERBANG PERPUSPAAN
Dulunya di pintu masuk Kampong Sultan Lama inilah terletaknya Pintu Gerbang Perpuspaan sempena memperingati hari perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddin Waddaulah Sultan dan yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 29 yang di puspakan pada 1hb Ogos 1968. Gerbang ini telah di sembahkan oleh Yang di Muliakan Pehin Orang kaya Di Gadong Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf. Pintu gerbang ini kini dipindahkan kesebelah dalam sedikit setelah Yayasan Haji Hassanal Bolkiah di bina pada tahun 1993. Pintu Gerbang ini banyak menyimpan cerita nostalgik sebahagian daripada penduduk Brunei terutama generasi sebelum tahun 90an. Pintu Gerbang ini sentiasa meriah menjadi tumpuan anak anak yang dihantar dan dijemput balik daripada sekolah atau pun tempat “Check Point” menurunkan dan menjemput saudara mara yang datang daripada luar Bandar Seri Begawan.

PENGANDANG NAUBAT DIRAJA
Majoriti Pengandang Pengandang Naubat Di Raja adalah terdiri daripada orang orang Kampong Sultan Lama, Kg Pemancha Lama dan juga Kg Sungai Kedayan.. Walaupun sudah berpindah tradisi ini masih lagi dikekalkan hingga ke hari ini oleh waris waris orang Kampong Sultan Lama.

SEKOLAH KAMPONG SULTAN LAMA
SEKOLAH UGAMA PG DIGADONG HJ MD SALLEH, BRUNEI – DULUNYA DIKENALI SEBAGAI SEKOLAH MELAYU KAMPONG SULTAN LAMA….
Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1966 dan mula digunakan pada
13hb Jun 1966 dengan nama SEKOLAH MELAYU KAMPONG SULTAN LAMA
Bangunannya terletak di tepi lagun Masjid Omar Ali Saifuddin.Keramaian muridnya pada masa itu berjumlah 32 orang iaitu dari Darjah 1 hingga 3 sahaja. Guru Besarnya pada ketika itu ialah Cikgu Abd Rahman bin Hj Othman.
Pada tahun 1975, sebuah bangunan baru telah dibina untuk
menggantikan bangunan lama dengan nama SEKOLAH RENDAH PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH. Pada bulan Julai 2005, sekolah ini telah dijadikan sekolah ugama sepenuhnya dengan diberikan nama SEKOLAH UGAMA PENGIRAN DIGADONG HAJI MOHD SALLEH
Pada bulan Mac 2005, sekolah ini telah ditutup kerana bilangan muridnya tidak lagi ramai dan kebanyakkan murid-muridnya telah dipindahkan ke Sekolah rendah Dato Godam.

YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Kini nama Kampong Sultan Lama dan kampong kampong di sekelilingnya hanya tinggal ristaan sejarah. Kampong Sultan Lama ini telah musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1980an. Penduduk penduduknya juga semuanya sudah berpindah rumah di daratan dan majoriti penduduk asalnya kini menetap di Kampong Perpindahan Mata Mata Gadong, Brunei. Bekas tapak perkampongan ini kini terdirinya Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Saya bangga menjadi anak kelahiran Kampong Sultan Lama yang mempunyai nilai nilai sejarah dan mudah mudahan perkongsian ini terus menjadi ristaan generasi dulu kini dan akan datang