KAMPONG AYING TINGGAL KENANGAN (part 02)

Damong, Pateh, Perwira, Panglima
Kesetiaan mereka sudah terbukti
Kampong Aying lahirkan ulama
Menjadi Menteri dan juga Mufti.

Ada yang digelar Pehin Bendahari
Disampiri gelaran kerana berjasa
Banyak jua qariah dan qari
Capai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Merambat siar di Pulau Berambang
Kejumpaan dangsanak dari Limbongan
Daulu banyak bidar dan gubang
Digunakan padian menjual dagangan.

Daulu ka Temburong melalui Limbang
Terbina jambatan perjalanan senang
Gubang diganti perahu tambang
Jumpung dan bidar masih ku kenang.

Jika hidup tolong menolong
Pasti doa akan terkabul
Mana tia bedukang penjulong
Sekarang berkurangan jarang timbul.

Doa pasti akan terkabul
Bantu yang miskin jangan disisih
Bedukang penjulung jarang timbul
Mungkin sungainya kurang bersih.

Daulu kampong jauh berjarak
Mencari rezeki menjadi nelayan
Bertenun kain betukang perak
Kepakaran penduduk Sungai Kedayan.

Nadi©️
Sabtu
Rabiulawal ke 30 Hijrah 1443
Nobember ke 6 Masehi 2021

Sumber: Perkongsian Whatsapp

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.