KAMPONG AYING TINGGAL KENANGAN (part 01)

Kata disusun jadi parambahan
Tamsil ibarat buat pedoman
Kampong Aying hadapi perubahan
Tinggal kenangan ristaan zaman.

Tamsil ibarat bukan sindiran
Halus kata tiada bandingan
Dulu pusat urusan pentadbiran
Sekarang menjadi destinasi pelancongan.

Dulu padian bedagang murah
Bejual gulayan dan minyak besupa
Kampong Aying mengukir sejarah
Tempat lahir nini dan bapa.

Padian bejual laris dan laku
Generasi baru banyak tah tahu
Kampong Peramu asal keturunan ku
Beramu kayu memburis perahu.

Kuasi, tamban, camau,bekulan
Rumahan, bilis ,belais, kitang
Padian bedagang laris jualan
Dari pagi hingga ke petang.

Lukan,kunau,tiram,beluyan
Selisip,kupang,ramis,tembayangan
Pendapatan padian tentu lumayan
Buktinya gelang melilit tangan.

Duduk bersila dianjung pantaran
Gubang lalu muatan sarat
Banyak kemudahan disediakan kerajaan
Seperti j penduduk tinggal di darat.

Duduk di pantaran hingga terlena
Dihidang indung kueh bingka
Sekolah dan masjid ada dibina
Untuk kesejahteraan rakyat belaka.

Umpak ,beberahan dan jua bilis
Oleh merambat di kampong Saba
Dibina juga Balai Polis
Berdekatan dengan Balai Bomba.

Hiasan dalaman ada yang dilarik
Kayu bulian keras dan tahan
Tersedia bekalan air dan letrik
Semua ini untuk kemudahan .

Nadi©️

Rabiulawal ke 23 Hijrah 1443
Oktober ke 30 Masehi 2021

Sumber: Perkongsian Whatsapp

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.