SAYUR LODEH

Bahan-bahan untuk sayur:

Kacang Panjang.
Terung.
Sengkuang.
Lobak Merah.
Kobis.
Tauhu Kering (pucuk tauhu) yang sudah direndam.
Tauhu digoreng setengah masak.
Tempe.

Bahan-bahan untuk rempah:

Bahan A:

Bawang kecil 10 biji.
Bawang Putih 2 biji.
Ikan Bilis (pusu) 1 genggam.
Lada Hidup Merah 2 biji.
Sedikit Belacan.
Sedikit Serbuk Kunyit.

Bahan B:

Lengkuas (diketuk).
Serai (diketuk).
Daun Salam.

Bahan C:
Air Santan.

Perasa Secukupnya.

Cara membuatnya:

Bahan A dimesin halus. Lepas itu ditumis masuk Bahan B. Taruh sedikit air, rebus sekejap.
Masukkan tauhu kering.
Setelah 5 minit, masukkan santan.
Setelah mendidih, masukkan tauhu, tempe, lobak merah, terung, kobis dan terakhir, kacang panjang.

Daripada:
Ustaz Haji Kadir Awang,
16 Ogos 2007

Posted under Resepi dari Brunei

This post was written by ibnuikram on January 18, 2008

Leave a Comment

Name (required)

Email (required)

Website

Comments

More Blog Post

Previose Post: SAMBAL TUMIS SOTONG