Bahan-bahan:
* 1 ekor ayam.
* 5 ulas bawang merah.
* 3 ulas bawang putih.
* Halia sebesar ibu jari.
Bahan-bahan Soup:
* 5 butir buah keras.
* Kelapa (kerisik) - 1/2 biji (buang kulit arinya).
* Ketumbar, jintan manis, pelaga, kayu manis (soup adabi).
* Daun bawang.
* Daun sadri.
* Limau kasturi.
* Lada padi.
* Kicap.
* Sedikit gula.
* Garam secukup rasa.
Cara membuatnya:
1) Kuah Soto:
* Rebus ayam bersama-sama dengan bumbu soup, bawang merah, bawang putih dan halia.
* Buah keras direndam, dihiris dan dikisar halus. Masukkan ke dalam rebusan ayam.
* Masukkan kerisik kelapa.
* Setelah masak, keluarkan ayam ditoskan.
* Siat-siatkan (carik-cari) ayam - asingkan.
* Tulang-tulang dibubuh semula di dalam soup. Boleh juga masukkan isi ayam jika mahu.
2) Lontong:
* Rebus nasi lontong - lebih awal & sejukkan.
* Dipotong-potong sesuka hati.
3) Hiasan:
* Daun bawang dan daun sop diracik dan sebahagiannya dimasukkan ke dalam soup dan yang bakinya disediakan waktu
menghidang.
4) Sambal:
* Lada padi, bawang putih, gula / garam dikisar.
* Perahkan air limau kasturi dan sedikit kicap (jika mahu).
5) Begedil:
* Seperti lazimnya.
Salinan asal:- Datin Hajah Maimoonah bte Haji Omar. & Julai 1997.
Posted under Resepi dari Brunei
This post was written by ibnuikram on January 10, 2008
