Wed 1 Jul, 2009
Sat 18 Apr, 2009
Wed 21 Jan, 2009






Tue 6 Jan, 2009
Kayu bangkita yang dulunya dijadikan bahan bakar dapur ini menjadi kemudahanbesar kepada seluruh penduduk kampung ayer. Ia juga turut digunakan penduduk sebelah darat. Kayu ini dapat diambil di tepi-tepi sungai iaitu di hutan kayu bakau.
Pekerjaan penduduk kampung ayer juga mencari rezeki dari kayu ini sebagai mata pencarian. Kata mereka yang berpengalaman, menyalai tamban atau apa jua jenis lauk (ikan) menggunakan kayu ini menimbulkan aroma yang sedap berbanding dengan bahan bakar yang lain.
Kayu jenis ini juga digunakan sebagai bahan binaan rumah iaitu pailing untuk mengukuhkan tapak rumah. Walaupun zaman sudah berubah, ia tetap juga menjadi pilihan bagi orang yang mengetahui tentang kelebihannya.
Tue 6 Jan, 2009
Pembangunan pesat yang berterusan oleh pihak Kerajaan, Kg. Sungai Kebun khususnya di hujung jalan mendapat perhatian dengan terbinanya jeti yang indah dan besar.
Dengan adanya jeti ini, dapatlah orang ramai terutama yang tinggal di darat sebelah sini seperti Kg. Lumapas, Kg. Junjongan, Kg. Lupak Luas, Kg. Kasat dan Kg. Putat menikmatinya dan lebih selamat untuk turun naik ke beberapa destinasi di Kampung Ayer khasnya ke Tambing Yayasan.
Begitu juga terbinanya bangunan dua blok kedai yang dijangkakan tidak lama lagi siap. Yang dulunya sebahagian sungai telah ditembok menjadi daratan. Bangunan ini bersesuaian jua dengan adanya pertambahan penduduk di sekitar Kg. Lumapas terdapat Kg. Perpindahan yang baru di jalan Kelugos.








