Halaman Ibnu Ikram
November 24, 2009 · Posted in Sticky!!  

Tempat: Pusat Dakwah Islamiah

Pada     : 24/11/2009

    
February 23, 2010 · Posted in ISU  

Alahai…. peraturan kad kredit dah dikuatkuasakan….

Alamat laman web Kampungayer.com pun dah di penghujung hayat jugak. Tiada ristaan, tiada paparan kan dibuat lagi. Cukup tah jua hampir menjangkau usia 4 tahun berada di siber maya. Inda apalah cukup jua untuk satu percubaan berani menerobosi ranking search engine di Yahoo.com dan google.

Lagi pula semacam dah terpinggir dah al-maklum untuk dipergunakan dan dimanfaatkan kepada yang memerlukan dalam soal perniagaan atau persahabatan. Walaupun tanpa bayaran dikenakan selama ia beroperasi, kesian… inda jua orang beguna….

Dalam pembinaan tapak web, banyak cara kita membinanya untuk menjadi paparan mana-mana browser yang digunakan para surfer antaranya Safari, Firefox, Netscape, Opera dan Internet Explorer. Kalau kan yang percuma membuat laman web atau blog, banyak rangkaian server memberikan tawaran yang dapat kita pilih seperti Blogger.com (blogspot) dan wordpress. Rangkaian kominiti pun dah banyak bercambah.

Namun, Kampungayer.com berani mencuba menyewa tapak Yahoo.com. Melalui Yahoo.com ini, banyak membantu dari segi memperkenalkan di enjin pencarian. Walaupun sewa bulanan lebih mahal dari server lain, tapi ia memberikan ciri-ciri yang memuaskan seperti keselamatan dan support 24/7.

Mungkin tidak ramai tahu, laman web dan blog banyak mempunyai perbezaan. Tapi pada maknanya memang sama. Kita banyak cara untuk membina laman web atau blog. Ramai orang suka memilih blog-blog peribadi dengan mendaftar pada blogger.com atau mana-mana server . Tapi, kita tidak sedar bahawa apa yang upload pada server akan jadi milik dan simpanan kekal pemilik server.

Sepertimana di Yahoo.com, pilihan bergantung pada pembina web itu sendiri. Ada yang percuma, ada bayaran tahunan dan ada bayaran secara bulanan. Jika mendaftar dalam senarai webhosting, kita akan membayar sewa bulanan dan tahunan. Ruang server tidak terhad dan banyak file dan data boleh di upload. Selain memiliki domain sendiri, kita boleh mencabang kepada sub-domain.

Dengan menggunakan kad kredit, pembayaran mudah dibuat secara online. Secara otomatik saja potongan boleh dibuat. Di Yahoo.com memberi peluang yang luas dan kelonggaran dalam bayaran apabila tamat tempoh  dan kad kredit kena decline. Dalam kawalan kad kredit ketika ini, saya berusaha mencari alternatif lain untuk membayar pihak Yahoo, jika tiada setakat detik ini sahaja hayatnya…… selamat tinggal Kampungayer.com………

tags:
    
January 25, 2010 · Posted in ISU  

Semua orang mau kan jadi jutawan. Jutawan mendadak lagi tu. Inda payah bekeraja. Dua tahun lepas, saya ditawarkan beribu ringgit melalui IM Messenger yang menggelarkan dirinya sebagai wanita keturunan United Kingdom. Kami berdua chat beberapa minit.

Pandai bini-bini orang putih atu memujuk. Konon saya orang baik-baik kerana saya orang Islam. Macam-macam teknik ia kan memujuk. USD20k aku dapat kalau menguruskan kerja yang akan diberikannya.

Kononnya saya menguruskan peralatan perubatan dengan supplier di KL. Ia beralasan inda dapat datang ke KL atas masalah kesihatan. Tambahan lagi ia inda mau berjumpa dengan supplier.

Sekali lihat display picnya memang wanita UK. Tapi saya siasat lagi di mana alamatnya dan IP addressnya. Tempat atu inda wujud.

Macam-macam taktik kotor sindiket antarabangsa mencari mangsa ani. Orang Brunei inda terlepas dari anasir macam ani. Mula-mula berbaik secara online. Lepas atu macam-macam diulahkannya kitani. Sampaikan tiket percuma pun akan dibagikannya disamping tambahan bonus.

Termasuklah melalui email seperti di bawah ini antara salah satu mengabui mata kitani:

Ref: BWL/1002/096/WIN
Batch: 077/07/RE46

This message is as approved by the management of the Euromillions as
regards lottery prize with reference number as above.  Euromillions has
approved a cash prize of £525,000.00 (Five hundred and twenty five
thousand Pounds Sterling) each to 5 lucky winners which you are one of.You
have earlier been contacted about this.

This is a final notice to you, that the prize sum is about to be filed as
unclaimed and made available for a new winner, as it has remained
unclaimed for the validity period of 60days.

You are to contact your claims agent, If you are still interested in
claiming providing him with below stated information, for payment to be
prepared.

Claims agent: Micheal Pierce
email: euromillionsclaimsagent44@yahoo.com.hk
Tel: +447031981654

INFORMATION TO SEND:

1. FULL NAMES:
2. AGE:
3. SEX:
4. MARITAL STATUS:
5. CONTACT ADDRESS:
6. TELEPHONE NUMBER(S):
7. OCCUPATION:
8.NATIONALITY:

Payment will be processed immediately you establish contact with him.

Sincerely,

Meltem Kutay Izgoren
General Manager

“EUROMILLIONS” <euromillions@webmail.com>

    
January 20, 2010 · Posted in Apa ada di kepalaku  

Bukan semudah menyebut di bibir mulut. Bukan menjaga hati seseorang insan semata. Hatta si anak kecil pun mengerti apa itu cinta.

Ia perlu dibuktikan, bukan seperti yang diagung-agungkan ideologi barat. Bukan seperti yang diilhamkan melalui lakunan drama.

Kekuatan cinta bukan pada kata-kata ataupun limpahan harta. Sejarah telah membuktikan lambang percintaan dibalik cerita Taj Mahal, untuk isteri yang tercinta. Masjid Zainab membuktikan kasih bapa kepada anaknya. Apatah lagi sejarah Nabi Ayub mempunyai isteri yang setia tanpa kasih berubah walau diuji dengan sakit yang amat berat.

Andai kau terpikat kerana matanya, bila ia buta, kalau hatimu pudar, bukan cinta namanya. Andaikata pasanganmu kehilangan harta, kau tersiksa pula menghadapi bersama, bererti kau cuma cinta pada kekayaan dan kemewahan.

Cinta perlu ada kekuatan dan ikatan yang bertalikan kejujuran. Bila pasangan hidupmu berbuat kesalahan, tegurlah dengan penuh berbahasa indah. Diam saja tiada dapat mengubah apa-apa. Jadilah sayap kanan sedangkan ia di sayap kirimu. Hidup mesti ada diplomasi.

    
January 18, 2010 · Posted in ::Email dari Kawan::  

Email dari kawan;

Seorang pengarah yang berjaya, jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh


Seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan
meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.’kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang,
jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya
mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak
kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhan mu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu.

Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang
rehat.

Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. . Malam ini
dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.


Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini, penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam
waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya
pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam
ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.


Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalan mu!! Kau tidak jadi meninggal, karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan
untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri. Pagi tadi, salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU.

Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama / keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita
berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.


Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain….

Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya, tapi dari kekuatanhatinya. Katakan ini dengan perlahan, ‘Ya TUHAN saya mencintai-MU dan
memerlukan-MU, datang dan terangilah hati kami sekarang…! !!’

Zidah..

    
January 11, 2010 · Posted in Apa ada di kepalaku  

Zaman masa ani inda sama zaman dulu. Masa ani banyak dah naik harga. Jangan pandang laki bini bekeraja…. jangan pandang pada slip gaji semata…

Tambah lagi ketika mengejar masa zaman ani. Inda cukup batis, inda cukup punggung dilabuhkan ke kursi, kereta semacam nyawa kedua. Inda bekereta, bukannya macam negara jiran, teksi berapa ringgit saja. Dari airport ke Sengkurong pun dah kena minta $100 (?).

Bas-bas yang begerak di dada-dada jalan pun bukannya ramai orang kitani menggunakannya. Tambahan di mana pentingnya kereta ani pun, agen-agen kereta macam kan mencangak leher. Potong mahal…. bukannya seratus dua, ….

Duit itu manis dan hijau….

    
January 6, 2010 · Posted in ISU  

    
January 6, 2010 · Posted in New Stuff  

Pilihan terbaik bagi yang menggemari chat via mobile.

MSN / Facebook / yahoo messenger / Twitter / VOIP / email….. uhhh… byk pilihan.

Cuba tia….

http://www.nimbuzz.com/en/mobile/download

    
January 6, 2010 · Posted in ISU  

Merekalah generasi yang diharapkan dapat memimpin diri dan masyarakat pada masa akan datang.

Alahai…… salah siapa tu.  Tahun 2009 mencatatkan lebih 700 orang kanak-kanak inda bersekolah ugama. Lebih 1,000 orang inda menamatkan persekolahan ugama sampai darjah 6. Sudah dua kali pihak Jabatan Pengajian Islam menyuarakan di media-media kerajaan dan swasta.

Ilmu ani terbahagi kepada dua; Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Sekolah Ugama atu fardhu ain.

Ada jua indung bapa sanggup memberhentikan anaknya bersekolah ugama. Kononnya takut terjejas pelajaran anaknya di sebelah pagi. KDYMM pun dah menitahkan, pelajaran ugama ani sebagai teras bukannya pilihan. Walhal, ada yang beranggapan, habis darjah 6 pun payah kan dapat keraja.

Sijil darjah 6 untuk bekeraja?

Aduhai indung-indung sekalian, penting dan lebih penting bah, kanak-kanak ani berpendidikan ugama. Paling kurang anak-anak kitani ada pelajaran asas ilmu ugama.

Pernah saya menghadiri acara pengebumian salah seorang berpangkat tinggi dalam masyarakat. Sebelum dikebumikan, kebiasaannya ahli keluarga, rakan taulan akan berziarah kali terakhir orang yang telah pergi meninggalkan mereka. Saya lihat, sepanjang majlis, tiada seorang anaknya pun mampu membacakan tahlil apatah lagi surah Yassin. Walau dah disuruh sanak saudaranya yang terdekat. Cuma mampu tunduk dan merenung sekujur tubuh bapanya. Dimaklumi, anak-anaknya berjaya dalam pelajaran sehingga belajar keluar negeri.

Alangkah rugi kalau kitani indadamempunyai anak ciri-ciri yang soleh. Paling kurang pun dapat mendoakan ibubapa dan solat lima waktu. Kadang-kadang, ada yang prejudis melihat remaja yang lepak sama rakan-rakan sebayanya. Dalam keadaan mereka bergaul dan berjumpa rakan-rakan di luar, sebahagian mereka inda lupakan solat lima waktu. Malah, ada rakan chat yang pernah saya jumpa, hafal dan lancar membaca surah Yassin.

Makanya, hidup ani jangan suka mengkritik orang lain sedangkan diri kitani dan orang terdekat masih terumbang ambing.

    
December 29, 2009 · Posted in Sinar Minda Bersastera  

Marah membara dari hati yang panas….

Kau marah pada orang lain sebenarnya kau marah akan dirimu….

Marah pada kejayaan orang lain hakikatnya kau benci akan kegagalanmu yang membawa kau merasa dendam….

Marah akan kebodohan orang lain hakikatnya kau terlalu bodoh tidak memahami kebodohan orang lain….

Marah apa yang tiada pada dirimu hakikatnya kau dengki apa yang orang lain miliki….

Marah kerana kemiskinanmu kerana kau benci akan kemewahan orang rasai…

Marah kerana cemburu pada kebahagiaan orang lain, sebenarnya kau gagal memahami erti kasih sayang…

Fahamilah erti kasih sayang sebenar supaya kau lebih menyayangi diri sendiri…

Menyayangi diri sendiri,  orang lain akan menyayangi dirimu…

Hormati diri sendiri sebelum hormat pada orang lain…

Segalanya dari hati…

Putihnya hati memancarkan cahaya kasih dan sayang dalam perhubungan…

Bersihnya hati menghargai anugerah Ilahi pada diri dan orang sekeliling serta makhluk lain…

…. hidup lebih memahami atas kehendak Tuhan melebihi dari diri sendiri.

Kita manusia dicipta (makhluk) oleh Pencipta (Khaliq) ….

menghina apa yang dicipta seperti menghina Pencipta…

selagi Pencipta tidak mengutuk yang dicipta, kenapa yang dicipta mengutuk yang dicipta?

    
December 22, 2009 · Posted in Sticky!!  

PDI : 21 – 31 Disember 2009

    

Next Page »

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes